Sunday, 29 March 2020

CONTOH-CONTOH IDEOLOGI YANG POPULAR

1.Sosialisme

Mula-mula idea sosialisme ni datangnya dari imaginasi bahawa semua orang boleh ada hak sama rata terutamanya kepada golongan pekerja miskin. Beberapa tokoh awal seperti Charles Fourier, Henri Saint-Simon dan Robert Owen dah percaya yang dunia ni boleh aman dan harmoni kalau semua kongsi rezeki.
Kemudian, Marx dan Engel pula gunakan idea sosialisme ni dari sudut ekonomi. Haa, ni barulah dinamakan Marxisme pada hujung abad ke-19.  Mereka berdua ni percaya bahawa pihak pekerja ni boleh kalahkan pihak majikan terutamanya yang gagal bertanggungjawab untuk kebajikan mereka.
Tapi sejak Rusia dah guna idea sosialisme secara politiknya pada 1917, jadilah komunisme yang kita kenal sekarang. Komunisme tak sama dengan sosialisme ye. Asasnya sama tapi bentuk perlaksanaannya lain-lain. Salah satu perbezaannya adalah dalam negara komunis, agama tak boleh tapi sosialisme bagi hak pada penganut agama untuk jalankan ibadat masing-masing.

Contoh negara-negara komunis seperti China, Cuba, Laos, Korea Utara dan Vietnam.




2. Kapitalisme 

Sebut pasal kapitalisme, ramai orang dah rasa pelik. Macam selalu nampak tapi tak faham? Sebenarnya kapitalisme ni adalah suatu sistem yang utamakan sesiapa atau mana-mana syarikat persendirian untuk tentukan kadar gaji dan untung bisnes mereka.
Kapitalisme ni sangat disukai oleh negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom sebab ia galakkan pertumbuhan ekonomi. Philip Hammond, Menteri Kewangan UK pada 2017 dakwa yang ekonomi UK cukup kuat untuk pakai idea kapitalisme ni. Bukan setakat Philip Hammond, Tun Dr. Mahathir pun tegur para menteri Pakatan Harapan ni supaya berhenti berfikir macam sosialis!




3. Multikulturalisme

Malaysia adalah salah satu contoh terbaik negara yang amalkan multikulturalisme. Unitarian Universalist Association (UUC) kata ia bermaksud wujudnya banyak kaum, agama dan warisan pemikiran serta budayanya dalam satu-satu tempat.




4. Feminisme


Kredit gambar: FB
Sejarah pasal feminisme ni boleh dijejaki sejak zaman Plato yang yakin bahawa wanita ni ada kebolehan yang sama untuk mempertahankan Greece. Pandangan ni dibantah oleh ramai orang waktu tu. Pada zaman Enlightenment pula, lebih ramai penulis wanita muncul untuk tegakkan peranan wanita ni boleh buat kerja macam lelaki juga.
Akhirnya gerakan perjuangan untuk membolehkan wanita mengundi dalam pilihan raya muncul. Bila wanita sudah boleh mengundi, maknanya wanita juga sudah boleh tuntut haknya dalam negara tersebut sebagai wanita dan salah seorang anggota rakyat.
Peringkat pertama dan kedua dah lepas. Progressive Women’s Leadership kata sejak 1990 sehingga 2000-an, peringkat ketiga feminisme ni yang buat orang jadi bingung. Cabang feminisme makin banyak termasuklah golongan feminis radikal. Sekarang ni dah masuk pula peringkat keempat, iaitu dari bentuk kesedaran dan kempen guna kuasa tular Internet. Isu-isu wanita di Amerika pun kita dah boleh tahu dengan pantas.
Kalau ikut sejarah di atas, kami boleh rumuskan yang feminisme ni sebenarnya adalah fahaman yang ingin tekankan mengenai kebolehan dan kebebasan wanita untuk tentukan masa hadapan dirinya tanpa disuruh oleh mana-mana lelaki. Daripada memperjuangkan hak undi sampailah menyebarkan kesedaran tentang isu wanita; feminisme ni penting namun kena sesuai pada budaya dan kaedahnya.
Negara kita juga ada gerakan feminisme ni dan dah nampak masa Himpunan Hari Wanita 2019 pada 10 Mac lalu.
Tagline Himpunan Hari Wanita 2019
  

5. Islamisme

Islamisme antara ideologi yang paling kerap disalahertikan oleh dunia. Menurut Soner Cagaptay, Islamisme ni adalah sebuah ideologi politik yang mengambil semangat Islam. Selepas gelombang kebangkitan Islam khususnya lepas 70-an dan 80-an, Islamisme jadi ideologi politik yang kuat terutamanya di Timur Tengah dan menyebar sampai ke Malaysia.
Akan tetapi, ideologi politik ni disalahgunakan pula oleh para kumpulan radikal seperti al-Qaeda dan Taliban supaya dapat mengumpul tenaga pejuang. Kerana ni, pihak Barat lihat Islam sebagai sumber kepada ‘keganasan’ tapi taknak mengaku silap mereka yang jadi punca keganasan dari para pengganas ni.

Imej Islam sebagai pengganas sangat dekat dengan pemikiran orang Barat. Dari filem sampai permainan video, biasanya penjahat dalam tu mesti ala-ala Arab, pakai macam ni. Kredit gambar: Wall Street Journal
Orang Barat pun mulai bayangkan Islam dan penganutnya adalah ganas, semarakkan lagi sentimen Islamofobia. Al Jazeera senaraikan 7 tragedi pembunuhan warga Islam di tanah orang Barat dari 2016 hingga peristiwa Christchurch tahun ini, dengan peristiwa surat “Punish A Muslim Day” pada tahun lalu di England hanyalah sedikit daripada rentetan kesan Islamofobia.
Negara kita pun turut kena tempias Islamisme ni. Gerakan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) muncul. PAS pula dah mulai guna ‘kepimpinan ulama’ kesan dari Revolusi Iran 1979. Dasar pentadbiran kerajaan pun dah guna penerapan nilai-nilai Islam.








No comments:

Post a Comment