Sunday, 29 March 2020

KESIMPULAN

Akhir kata ,Ideologi songsang ini mempunyai kuasa untuk menukar pandangan seseorang dengan lebih senang.Masyarakat haruslah tidak terpengaruh kata-kata atau pun ideologi-ideologi seperti ini yang boleh membasmikan keamanan sesebuah negara.Rakyat perlulah sentiasa bersatu padu mencegah setuiap orang atau sesebuah sumber yang menyebarkan ideologi-ideologi yang negative.Kami berharap agar neraga dan rakyat sentiasa bertanggung -jawab menjaga keharmonian negara.

Kekalkan keamanan negara | Harian Metro

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH IDEOLOGI SONGSANG

1.Pemberantasan gerakan separatis
Penegasan OPM Sebagai Kelompok Pemberontak | indonews.id

2.Peningkatan rasa patriotisme
Show Your Patriotism with These 3 Simple Ideas | atoz2u.com

3.Pembekalan mental spiritual
Spirituality And Mental Health - Spiritual Experience

4.Penyuluhan kepada masyarakat tentang ideologi dan nilai pancasila.

5.Pentingnya masyarakat dalam menyeleksi konten yang mengacu pada perpecahan.

Perhimpunan jalanan demonstrasi hanya kes terpencil, rakyat ...

6.Pengaruh agama harus lebih ditekankan.

Simbol dan Artinya I - MacArip | Selamat Datang



UNSUR-UNSUR IDEOLOGI SONGSANG

1)SEPARANGKAT GAGASAN YANG TIDAK DISUSUN SECARA SISTEMATIK



MUHAINYNASSHA: Gagasan 1Malaysia
 Gagasan 1 MALAYSIA telah diperkenalkan untuk membasmikan pelbagai ideologi yang negative dan juga menjaga keamanan rakyat Malaysia.

2)Tidak mempunyai panduan tentang cara hidup.

Prinsip-prinsip Penting dalam Ajaran Pelbagai Agama: PENGENALAN TOPIK
Setiap agama mengajar kita unsur unsur yang baik terhadap kehidupan.Agama juga memberi panduan yang baik kepada seseorang insan supaya lebih matang dan mengelakkan diri daripada pelbagai gejale negative.


3)

CONTOH MASALAH IDEOLOGI SONGSANG DI MALAYSIA


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mudah terjebak dan terpengaruh dengan ideologi songsang yang boleh mengakibatkan kehancuran kepada negara serta tamadun dunia.Seri Paduka bertitah pergolakan yang berlaku di seluruh pelosok dunia dan serangan pengganas di beberapa negara seperti Belgium, Turki, Perancis dan Indonesia sejak kebelakangan ini menzahirkan kebimbangan di hati baginda.
Baginda bertitah serangan-serangan itu bukan sahaja menyebabkan kemusnahan harta benda, malah mengakibatkan banyak nyawa terkorban, termasuk orang awam dan rakyat yang tidak berdosa.

"Ini disebabkan angkara kumpulan-kumpulan pengganas dan munculnya kefahaman serta ideologi yang terlalu ekstrem dan taksub kepada kelompok sempit dan menyimpang jauh daripada ajaran Islam sebenar," titah baginda pada majlis menghadap dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, di sini pada Sabtu.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, tetamu kehormat dan duta-duta.Pada majlis hari ini, sebanyak 39 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan daripada keseluruhan 1,546 penerima, yang menerima pingat kebesaran masing-masing.

Tuanku Abdul Halim juga bertitah sambutan keputeraan rasminya hari ini adalah terakhir bagi pemerintahan kedua Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong, yang akan berakhir hujung tahun ini.Kali pertama Tuanku Abdul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong adalah dari 1970 hingga 1975.

Baginda turut bertitah: "Apa yang pasti masa berlalu begitu pantas. Beta bersyukur dalam tempoh pemerintahan, Beta diberi kesempatan dan kurnia Allah SWT melihat negara ini berkembang daripada satu fasa ke satu fasa".
Seri Paduka bertitah era pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri ternyata berjaya menongkah arus cabaran ekonomi global dan meletakkan namanya di peta antarabangsa dalam pelbagai pencapaian.

Tuanku Abdul Halim bertitah rakyat Malaysia berbilang kaum di negara ini perlu memanfaatkan segala kesempatan yang ada untuk lebih bergaul, mengenali dan memahami antara satu sama lain.


CONTOH-CONTOH IDEOLOGI YANG POPULAR

1.Sosialisme

Mula-mula idea sosialisme ni datangnya dari imaginasi bahawa semua orang boleh ada hak sama rata terutamanya kepada golongan pekerja miskin. Beberapa tokoh awal seperti Charles Fourier, Henri Saint-Simon dan Robert Owen dah percaya yang dunia ni boleh aman dan harmoni kalau semua kongsi rezeki.
Kemudian, Marx dan Engel pula gunakan idea sosialisme ni dari sudut ekonomi. Haa, ni barulah dinamakan Marxisme pada hujung abad ke-19.  Mereka berdua ni percaya bahawa pihak pekerja ni boleh kalahkan pihak majikan terutamanya yang gagal bertanggungjawab untuk kebajikan mereka.
Tapi sejak Rusia dah guna idea sosialisme secara politiknya pada 1917, jadilah komunisme yang kita kenal sekarang. Komunisme tak sama dengan sosialisme ye. Asasnya sama tapi bentuk perlaksanaannya lain-lain. Salah satu perbezaannya adalah dalam negara komunis, agama tak boleh tapi sosialisme bagi hak pada penganut agama untuk jalankan ibadat masing-masing.

Contoh negara-negara komunis seperti China, Cuba, Laos, Korea Utara dan Vietnam.




2. Kapitalisme 

Sebut pasal kapitalisme, ramai orang dah rasa pelik. Macam selalu nampak tapi tak faham? Sebenarnya kapitalisme ni adalah suatu sistem yang utamakan sesiapa atau mana-mana syarikat persendirian untuk tentukan kadar gaji dan untung bisnes mereka.
Kapitalisme ni sangat disukai oleh negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom sebab ia galakkan pertumbuhan ekonomi. Philip Hammond, Menteri Kewangan UK pada 2017 dakwa yang ekonomi UK cukup kuat untuk pakai idea kapitalisme ni. Bukan setakat Philip Hammond, Tun Dr. Mahathir pun tegur para menteri Pakatan Harapan ni supaya berhenti berfikir macam sosialis!




3. Multikulturalisme

Malaysia adalah salah satu contoh terbaik negara yang amalkan multikulturalisme. Unitarian Universalist Association (UUC) kata ia bermaksud wujudnya banyak kaum, agama dan warisan pemikiran serta budayanya dalam satu-satu tempat.




4. Feminisme


Kredit gambar: FB
Sejarah pasal feminisme ni boleh dijejaki sejak zaman Plato yang yakin bahawa wanita ni ada kebolehan yang sama untuk mempertahankan Greece. Pandangan ni dibantah oleh ramai orang waktu tu. Pada zaman Enlightenment pula, lebih ramai penulis wanita muncul untuk tegakkan peranan wanita ni boleh buat kerja macam lelaki juga.
Akhirnya gerakan perjuangan untuk membolehkan wanita mengundi dalam pilihan raya muncul. Bila wanita sudah boleh mengundi, maknanya wanita juga sudah boleh tuntut haknya dalam negara tersebut sebagai wanita dan salah seorang anggota rakyat.
Peringkat pertama dan kedua dah lepas. Progressive Women’s Leadership kata sejak 1990 sehingga 2000-an, peringkat ketiga feminisme ni yang buat orang jadi bingung. Cabang feminisme makin banyak termasuklah golongan feminis radikal. Sekarang ni dah masuk pula peringkat keempat, iaitu dari bentuk kesedaran dan kempen guna kuasa tular Internet. Isu-isu wanita di Amerika pun kita dah boleh tahu dengan pantas.
Kalau ikut sejarah di atas, kami boleh rumuskan yang feminisme ni sebenarnya adalah fahaman yang ingin tekankan mengenai kebolehan dan kebebasan wanita untuk tentukan masa hadapan dirinya tanpa disuruh oleh mana-mana lelaki. Daripada memperjuangkan hak undi sampailah menyebarkan kesedaran tentang isu wanita; feminisme ni penting namun kena sesuai pada budaya dan kaedahnya.
Negara kita juga ada gerakan feminisme ni dan dah nampak masa Himpunan Hari Wanita 2019 pada 10 Mac lalu.
Tagline Himpunan Hari Wanita 2019
  

5. Islamisme

Islamisme antara ideologi yang paling kerap disalahertikan oleh dunia. Menurut Soner Cagaptay, Islamisme ni adalah sebuah ideologi politik yang mengambil semangat Islam. Selepas gelombang kebangkitan Islam khususnya lepas 70-an dan 80-an, Islamisme jadi ideologi politik yang kuat terutamanya di Timur Tengah dan menyebar sampai ke Malaysia.
Akan tetapi, ideologi politik ni disalahgunakan pula oleh para kumpulan radikal seperti al-Qaeda dan Taliban supaya dapat mengumpul tenaga pejuang. Kerana ni, pihak Barat lihat Islam sebagai sumber kepada ‘keganasan’ tapi taknak mengaku silap mereka yang jadi punca keganasan dari para pengganas ni.

Imej Islam sebagai pengganas sangat dekat dengan pemikiran orang Barat. Dari filem sampai permainan video, biasanya penjahat dalam tu mesti ala-ala Arab, pakai macam ni. Kredit gambar: Wall Street Journal
Orang Barat pun mulai bayangkan Islam dan penganutnya adalah ganas, semarakkan lagi sentimen Islamofobia. Al Jazeera senaraikan 7 tragedi pembunuhan warga Islam di tanah orang Barat dari 2016 hingga peristiwa Christchurch tahun ini, dengan peristiwa surat “Punish A Muslim Day” pada tahun lalu di England hanyalah sedikit daripada rentetan kesan Islamofobia.
Negara kita pun turut kena tempias Islamisme ni. Gerakan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) muncul. PAS pula dah mulai guna ‘kepimpinan ulama’ kesan dari Revolusi Iran 1979. Dasar pentadbiran kerajaan pun dah guna penerapan nilai-nilai Islam.








APA ITU IDEOLOGI SONGSANG


Jump to navigationJump to search
Ideologi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku seseorang. Pada lazimnya ia merujuk kepada set kepercayaan yang menggerakkan suatu pergerakkan politik dan sosial.
Menurut Ensiklopedia Brittanica, ideologi dimaksudkan sebagai “salah satu item yang membentuk keperluan mental dan jasmani individu yang membentuk sesebuah masyarakat serta meliputi permasalahan politik, sosial, ekonomi dan perkara yang bersangkut paut dengan sejarah dan sosio-geografi manusia”.